SUKAN DAN PERPADUAN
AHLI KUMPULAN :
- MUHAMAD LOKMAN BIN HAKIM BIN AZMAN ( F2010 )
- AHMAD ALLY AMIRUL BIN AHMAD AZLEE ( F2018 )
- MUHAMMAD AMIR ZIKRI BIN MAT ZIK ( F2026 )
- MUHAMMAD FARHAN IMAN BIN MOHD FAISAL ( F2024 )
PENGAJAR : PUAN WAHIDA BINTI MAT SAID
PENGENALAN
Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula, pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain. Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap negara menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik. Sukan ini juga sebagai satu industri dan perdagangan serta penyumbang pendapatan negara dan sebagai asas dalam pembentukan Pendidikan Jasmani & Kegiatan Kokurikulum.
SEJARAH SUKAN
Sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia sebagai tujuan bersukan dan makhluk aktif.Sukan merupakan cara berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka ke atas alam semulajadi dan persekitaran. Sejarah sukan mampu mengajar kita banyak perkara mengenai perubahan kemasyarakatan dan mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri. Sukan kelihatannya membabitkan asas kemahiran manusia dikembangkan dan dilatih bagi kemahiran itu sendiri, selari dengan dilakukan kerana kegunaannya. Ia turut menunjukkan bagaimana kepercayaan masyarakat berubah dan dengan itu terdapat perubahan dalam peraturannya. Sebenarnya ketika kita pergi semakin jauh dalam sejarah bukti yang semakin sedikit menjadikan teori mengenai asal dan tujuan sukan sukar disokong. Sungguhpun begitu, kepentingannya dalam sejarah manusia tidak dapat dinafikan. Kewujudan sukan sejak zaman dahulu menunjukkan bahawa masyarakat terdahulu telah bersatu untuk melakukannaya dan perpaduan antara mereka telah wujud sejak zaman dahulu lagi.
SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN 💪
Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum. Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Sukan memupuk minda dan fizikal yang sihat. Selain itu, aktiviti sukan juga mampu memupuk semangat perpaduan, sekaligus mengeratkan silaturahim dan muhibbah. Sukan jelas menjadi wadah yang dapat mengintegrasikan masyarakat berbilang kaum di daerah ini. Apabila bersukan atau beriadah, tiada siapa pun yang akan memikirkan mengenai kaum atau warna kulit, sebaliknya mereka hanya memikirkan cara terbaik untuk bermain dalam satu kumpulan.Sukan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi.Tanpa teras itu, pasti nikmat keamanan dan kesejahteraan seperti dinikmati rakyat negara ini sejak sekian lama tidak dapat dicapai. Pemupukan semangat dan penyatuan dalam pasukan mampu diterjemahkan semua ahli dalam kehidupan seharian mereka di luar termasuk dalam hubungan dengan rakan-rakan daripada kaum lain. Oleh itu, untuk merealisasikan sukan dapat meningkatkan perpaduan antara kaum di negara ini, terdapat beberapa aspek yang perlu diperhalusi demi kebaikan kita bersama iaitu yang pertama ialah masyarakat perlu berpegang kepada prinsip sukan mampu meningkatkan semangat patriotik rakyat. Aspek kedua bagi merealisasikan sukan dapat meningkatkan perpaduan antara kaum adalah sukan massa yang merupakan sukan untuk semua adalah sukan yang dapat menggalakkan penyertaan masyarakat setempat telah diperkenalkan kepada masyarakat untuk menjana semangat kebersamaan di kalangan rakyat yang berbilang kaum.

KESIMPULAN
Peranan sukan dalam membina negara dan menyatukan rakyat wajar diberi pengiktirafan, diutamakan dan tidak dianggap sekadar kegiatan rekreasi sampingan sahaja. Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan. Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat dicapai. Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Warga muda Malaysia yang diberikan ruang luas melalui pelbagai kegiatan sukan, akan menjadi warga sihat, cergas dan berdisiplin. Mereka akan memiliki kemahiran sosial berkomunikasi yang berupaya membina semangat setia kawan dan berpasukan, berupaya menghargai kelebihan dan kekurangan seseorang insan, menampilkan sifat-sifat
bertanggungjawab dan kepimpinan.

Comments
Post a Comment